Saturday 28 September 2013

Wasiat daripada tokoh-tokoh islam .

Assalamualaikum , apa khabar iman anda ?

Banyak tokoh-tokoh / para ulama' islam yang telah pergi meninggalkan kita di dunia yang penuh fitnah ini. Tapi mereka telah mewariskan kita ilmu-ilmunya , kata-katanya dan lain-lain. Saya telah search dan kompilekan antara wasiat-wasiat insan yang mulia di sisi ALLAH . Moga bermanfaat.

10 wasiat Imam Syafi'e

1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan cemerlang di dunia dan akhirat.

2. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.

3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti hidup. 

5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.

6. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya

7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.\

8. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu. 

9. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding daripada serangan iblis. 

10. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan. 

Source : 30 wasiat imam Syafi'e

6 Wasiat Imam Ghazali.
Sesi soal jawab Imam bersama Murid-muridnya :

1. “Apa yang PALING DEKAT dengan diri kita di dunia ini ?”.
Murid-muridnya menjawab: “Orang tua, guru, kawan dan sahabatnya”.
Imam Ghazali menjelaskan, “Semua jawaban itu benar. Tapi yang paling dekat dengan kita adalah “MATI”.

2. “Apa yang PALING JAUH dari diri kita di dunia ini ?”.

Murid-muridnya menjawab: “Negeri Cina, bulan, matahari dan bintang-gemintang”.

Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahwa semua jawaban itu benar. Tapi yang paling benar adalah “MASA LALU”.

3.  “Apa yang PALING BESAR di dunia ini ?”.

Murid-muridnya menjawab: “Gunung, bumi, matahari”.

Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahwa semua jawaban itu benar. Tapi yang paling benar adalah “NAFSU”

4. “Apa yang PALING BERAT di dunia ini ?”

Murid-muridnya menjawab: “Besi, gajah”.

Semua jawaban itu benar. Tapi yang paling berat adalah “MEMEGANG AMANAH”

5. “Apa yang PALING RINGAN di dunia ?”

Ada yang menjawab: “Kapas, angin, debu dan dedaunan”.

Semua itu benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah “MENINGGALKAN SHALAT”.

6. “Apakah yang PALING TAJAM di dunia ?”.

Murid-muridnya menjawab serentak: “Pedang !”.

Imam Ghazali membenarkan, tapi yang paling tajam adalah “LIDAH MANUSIA”.


10 Wasiat As-syahid Imam Hassan Al-Banna

1- Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.
2- Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah ilmu,pergi ke majlis2 Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.
3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam.
4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.
5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.
6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.
7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


Sedikit perkongsian , #copypaste
Ada crush ?

Silakan buka surah

Al - Baqarah 235
Ali Imran ayat 14
Surah An - Nuur ayat 26
Yusuuf ayat 53
Ar-ra'd ayat 28
Maryam ayat 13

- - - -

Couple?

Al - Isra ayat 32
Al - Isra ayat 36

- - - -

Nak bash budak couple ?

Rujuk ayat An - Nahl 119

Rujuk dulu

Taha ayat 44
An - Nuur ayat 12
An - Nisa ayat 63

Cara nasihat :
Ali imran ayat 31

Jika tidak di terima , bacalah ali imran ayat 20.

dan

Ali imran ayat 14 .

Akhir sekali .

Rujuk balik An - nahl ayat 119

Dan senyumlah wahai pemeluk agama yang lengkap lagi benar .







Monday 16 September 2013

Ikhlas

Bismillah,

Hari ni nak cerita pasal ikhlas.

Surah Al-zumar :2 
"Oleh itu hendaklah engkau menyembah ALLAH dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu hanya kepada-nya "

Cuba kita bayangkan , kita belajar kerana sebuah peperiksaan , eg  : SPM , maka SPM lah yang kita dapat . Lepas SPM / PMR / UPSR kita lupa. Tapi kalau kerana ALLAH ? maka ALLAH yang kita dapat insya Allah.

Perkara yang kita buat tanpa niat kerana Allah adalah sia-sia , biarpun kita nampak harini perkara yang kita buat bermanfaat , tetapi di sisi ALLAH , wallahu a'lam. , Fazkuruuni , Azkurkum . Therefore remember Me, I (Allah) will remember you.

Kesimpulannya , buat kerana ALLAH , maka kita dapat pahala , buat kerana makhluk maka , makhluk-lah yang kita dapat .

sedikit perkongsian , moga bermanfaat : 

Rasulullah menceritakan pada sahabat2 baginda, yang umatnya (kita la kan) umpama insect tu. "Berkali-kali aku menarik hujung bajumu supaya engkau tidak terjun ke dalam api neraka. Tetapi sampai hati engkau menepis tanganku, dan terjun juga ke dalam api..."


JOM IKHLAS !

Thursday 29 August 2013

Bahasa Arab

Assalamulaikum !

Antara kelebihan mempelajari bahasa arab ialah the ability to mengetahui makna setiap amalan kita terutamanya solat. Cuba fikir , kita melafazkan kesemua lafaz (takbir hingga salam) tapi tidak tahu apa maksudnya. So , dalam erti kata lain , solat kita takda "feel" atau pun "jazbah" .


Jadi , anatelahcompilekan sedikit makna dan lafaz dalam solat , semoga bermanfaat bagi semua, Insya Allah agar mendatangkan rasa "best" dalam solat .

Doa Iftitah


Maksudnya :
Allaahu Akbaru Kabiiraa Wal Hamdu Lillaahi Katsiiraa Wasubhaanallaahi Bukrataw Waashiilaa.

Allah Maha Besar, Maha Sempurna Kebesaran-Nya. Segala Puji Bagi Allah, Pujian Yang Sebanyak-Banyaknya. Dan Maha Suci Allah Sepanjang Pagi Dan Petang.}


 Wajjahtu Wajhiya Lilladzii Fatharas Samaawaati Wal Ardha Haniifam Muslimaw Wamaa Ana Minal Musyrikiin.
{ Kuhadapkan wajahku kepada zat yang telah menciptakan langit dan bumi dengan penuh ketulusan dan kepasrahan dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang musyrik.}

Inna Shalaatii Wanusukii Wamahyaaya Wamamaatii Lillaahirabbil ‘Aalamiin.
{ Sesungguhnya sahalatku, ibadahku, hidupku dan matiku semuanya untuk allah, penguasa alam semesta.}

Laa Syariika Lahuu Wa Bidzaalika Umirtu Wa Ana Minal Muslimiin.
{ tidak ada sekutu bagi-nya dan dengan demikianlah aku diperintahkan, dan aku termasuk orang-orang islam.}

Al-Fatihah
Maksudnya

Ruku'


Subhaana Rabbiyal ‘Adziimi Wa Bihamdih. – 3 X


{ Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung Dan Dengan Memuji-Nya.}


I'tidal

Sami’allaahu Liman Hamidah.

{ Semoga Allah Mendengar ( Menerima ) Pujian Orang Yang Memuji-Nya ( Dan Membalasnya ).}

Sujud

Subhaana Rabbiyal A‘Laa Wa Bihamdih. – 3 X
{ Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi Dan Dengan Memuji-Nya }
Duduk diantara dua sujud

Rabbighfirlii Warhamnii Wajburnii Warfa’nii Warzuqnii Wahdinii Wa’aafinii Wa’fu ‘Annii.

{ Ya tuhanku ! Ampunilah aku, kasihanilah aku, cukupkanlah ( kekurangan )-ku, angkatlah ( derajat )-ku, berilah aku rezki, berilah aku petunjuk, berilah aku kesehatan dan maafkanlah ( kesalahan )-ku.}

Tahiyat Akhir

Attahiyyaatul Mubaarakaatush Shalawatuth Thayyibaatu Lillaah.

{ Segala Kehormatan, Keberkahan, Rahmat Dan Kebaikan Adalah Milik Allah.}



Assalaamu ‘Alaika Ayyuhan Nabiyyu Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

{ Semoga Keselamatan, Rahmat Allah Dan Berkah-Nya ( Tetap Tercurahkan ) Atas Mu, Wahai Nabi.}


Assalaamu ‘Alainaa Wa ‘Alaa ‘Ibadadillaahish Shaalihiin.
{ Semoga Keselamatan ( Tetap Terlimpahkan ) Atas Kami Dan Atas Hamba-Hamba Allah Yang Saleh.}

Asyhadu Allaa Ilaaha Illallaah. Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasuulullaah.
{ Aku Bersaksi Bahwa Tidak Ada Tuhan Selain Allah. Dan Aku Bersaksi Bahwa Muhammad Adalah Utusan Allah.}

Allaahumma Shalli ‘Alaa Sayyidinaa Muhammad ( Tasyahud Awal )Wa ‘Alaa Aali Sayyidinaa Muhammad.
{ Wahai Allah ! Limpahkanlah Rahmat Kepada Penghulu Kami, Nabi Muhammad Dan Kepada Keluarga Penghulu Kami Nabi Muhammad.}

Kamaa Shallaitaa ‘Alaa Sayyidinaa Ibraahiim Wa ‘Alaa Aali Sayyidinaa Ibraahiim.
{ Sebagaimana Telah Engkau Limpahkan Rahmat Kepada Penghulu Kami, Nabi Ibrahim Dan Kepada Keluarganya.}
Wa Baarik ‘Alaa Sayyidinaa Muhammad Wa ‘Alaa Aali Sayyidinaa Muhammad.
{ Dan Limpahkanlah Berkah Kepada Penghulu Kami, Nabi Muhammad Dan Kepada Keluarganya.}

Kamaa Baarakta ‘Alaa Sayyidinaa Ibraahiim Wa ‘Alaa Aali Sayyidinaa Ibraahiim.
{ Sebagaimana Telah Engkau Limpahkan Berkah Kepada Penghulu Kami, Nabi Ibrahim Dan Kepada Keluarganya.}

Fil ‘Aalamiina Innaka Hamiidummajiid. Yaa Muqallibal Quluub. Tsabbit Qalbii ‘Alaa Diinik.
{ Sungguh Di Alam Semesta Ini, Engkau Maha Terpuji Lagi Maha Mulia. Wahai Zat Yang Menggerakkan Hati. Tetapkanlah Hatiku Pada Agama-Mu.}

Doa qunut dan qunut Nazilah





Semoga sedikit usaha ini dapat manfaatkan pembaca2 di luar sana.

Sedikit perkongsian video assignment yang ana dan sahabat ana buat , semoga bermanfaat :



Monday 5 August 2013

Muqaddimah ( Permulaan Baru )

(بسم الله الرحمن الرحيم)

Kepada pembaca sekalian , sebelum ana start apa2 , ana ingin memulakan dengan firman Allah s.w.t :  


Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Surat As-Saf {61:2} 
Jadi, melalui potongan ayat qur'an ini, ana sangatlah bimbang jika apa yang saya post dalam blog ini sangatlah bertepatan dengan ayat di atas.

Segala yang tertulis di blog ini hanyalah antara usaha ana mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dan Rasulullah S.a.w . Dan Insya Allah bermanfaat kepada pembaca sekalian.

"Kenapa blog ini bertajuk Mencari Akhirat Di Dunia ?"

Untuk jawab soalan itu , mari kita rujuk kitab : 40 hadith-Imam Nawawi ,

Hadis ke-40 :

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
Daripada lbnu 'Umar r.a.
beliau berkata:
Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah
engkau seorang perantau atau musafir lalu. 
lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:
Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan
apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.
Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu. 

Pengajaran hadis:

(1) Kehidupan di dunia adalah kehidupan sementara, akhirat jua yang kekal abadi. Kerana itu, manusia
diminta agar mengambil berat soal akhirat dan mengambil dunia seumpama seorang musafir lalu atau
seorang dagang, yang hanya membawa barang keperluan di perjalanan, bukan membawa semua
barang-barang. 
(2) Seorang mukmin tidak harus memanjangkan angan-angannya, kerana dia terdedah kepada
panggilan maut pada bila-bila masa. Dia semesti sentiasa berwaspada menghadapi maut. Apabila pagi
tiba, seolah-olah dia tidak akan hidup hingga ke petang dan apabila tiba waktu petang, dia merasa
seola-olah dia tidak sempat menghirup udara pagi esoknya. 
(3) Larangan memanjangkan angan-angan dan gesaan agar hidup secara sederhana tidak bermakna
lslam menghalang kemajuan dan kekayaan. lslam membenarkan penganutnya menjadi hartawan dan
negara lslam menjadi sebuah negara maju tetapi dengan syarat menjadi seorang mukmin dan negara
lslam yang bertaqwa. Kemajuan dan kekayaan adalah untuk Allah.


Source : Hadis 40 

"Dunia itu ibarat jambatan ke akhirat. Maka kejarlah akhirat itu, maka dunia akan mengikuti mu."