Saturday 28 September 2013

Wasiat daripada tokoh-tokoh islam .

Assalamualaikum , apa khabar iman anda ?

Banyak tokoh-tokoh / para ulama' islam yang telah pergi meninggalkan kita di dunia yang penuh fitnah ini. Tapi mereka telah mewariskan kita ilmu-ilmunya , kata-katanya dan lain-lain. Saya telah search dan kompilekan antara wasiat-wasiat insan yang mulia di sisi ALLAH . Moga bermanfaat.

10 wasiat Imam Syafi'e

1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan cemerlang di dunia dan akhirat.

2. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.

3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti hidup. 

5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.

6. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya

7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.\

8. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu. 

9. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding daripada serangan iblis. 

10. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan. 

Source : 30 wasiat imam Syafi'e

6 Wasiat Imam Ghazali.
Sesi soal jawab Imam bersama Murid-muridnya :

1. “Apa yang PALING DEKAT dengan diri kita di dunia ini ?”.
Murid-muridnya menjawab: “Orang tua, guru, kawan dan sahabatnya”.
Imam Ghazali menjelaskan, “Semua jawaban itu benar. Tapi yang paling dekat dengan kita adalah “MATI”.

2. “Apa yang PALING JAUH dari diri kita di dunia ini ?”.

Murid-muridnya menjawab: “Negeri Cina, bulan, matahari dan bintang-gemintang”.

Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahwa semua jawaban itu benar. Tapi yang paling benar adalah “MASA LALU”.

3.  “Apa yang PALING BESAR di dunia ini ?”.

Murid-muridnya menjawab: “Gunung, bumi, matahari”.

Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahwa semua jawaban itu benar. Tapi yang paling benar adalah “NAFSU”

4. “Apa yang PALING BERAT di dunia ini ?”

Murid-muridnya menjawab: “Besi, gajah”.

Semua jawaban itu benar. Tapi yang paling berat adalah “MEMEGANG AMANAH”

5. “Apa yang PALING RINGAN di dunia ?”

Ada yang menjawab: “Kapas, angin, debu dan dedaunan”.

Semua itu benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah “MENINGGALKAN SHALAT”.

6. “Apakah yang PALING TAJAM di dunia ?”.

Murid-muridnya menjawab serentak: “Pedang !”.

Imam Ghazali membenarkan, tapi yang paling tajam adalah “LIDAH MANUSIA”.


10 Wasiat As-syahid Imam Hassan Al-Banna

1- Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.
2- Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah ilmu,pergi ke majlis2 Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.
3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam.
4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.
5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.
6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.
7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


Sedikit perkongsian , #copypaste
Ada crush ?

Silakan buka surah

Al - Baqarah 235
Ali Imran ayat 14
Surah An - Nuur ayat 26
Yusuuf ayat 53
Ar-ra'd ayat 28
Maryam ayat 13

- - - -

Couple?

Al - Isra ayat 32
Al - Isra ayat 36

- - - -

Nak bash budak couple ?

Rujuk ayat An - Nahl 119

Rujuk dulu

Taha ayat 44
An - Nuur ayat 12
An - Nisa ayat 63

Cara nasihat :
Ali imran ayat 31

Jika tidak di terima , bacalah ali imran ayat 20.

dan

Ali imran ayat 14 .

Akhir sekali .

Rujuk balik An - nahl ayat 119

Dan senyumlah wahai pemeluk agama yang lengkap lagi benar .







No comments:

Post a Comment