Monday 5 August 2013

Muqaddimah ( Permulaan Baru )

(بسم الله الرحمن الرحيم)

Kepada pembaca sekalian , sebelum ana start apa2 , ana ingin memulakan dengan firman Allah s.w.t :  


Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Surat As-Saf {61:2} 
Jadi, melalui potongan ayat qur'an ini, ana sangatlah bimbang jika apa yang saya post dalam blog ini sangatlah bertepatan dengan ayat di atas.

Segala yang tertulis di blog ini hanyalah antara usaha ana mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dan Rasulullah S.a.w . Dan Insya Allah bermanfaat kepada pembaca sekalian.

"Kenapa blog ini bertajuk Mencari Akhirat Di Dunia ?"

Untuk jawab soalan itu , mari kita rujuk kitab : 40 hadith-Imam Nawawi ,

Hadis ke-40 :

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
Daripada lbnu 'Umar r.a.
beliau berkata:
Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah
engkau seorang perantau atau musafir lalu. 
lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:
Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan
apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.
Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu. 

Pengajaran hadis:

(1) Kehidupan di dunia adalah kehidupan sementara, akhirat jua yang kekal abadi. Kerana itu, manusia
diminta agar mengambil berat soal akhirat dan mengambil dunia seumpama seorang musafir lalu atau
seorang dagang, yang hanya membawa barang keperluan di perjalanan, bukan membawa semua
barang-barang. 
(2) Seorang mukmin tidak harus memanjangkan angan-angannya, kerana dia terdedah kepada
panggilan maut pada bila-bila masa. Dia semesti sentiasa berwaspada menghadapi maut. Apabila pagi
tiba, seolah-olah dia tidak akan hidup hingga ke petang dan apabila tiba waktu petang, dia merasa
seola-olah dia tidak sempat menghirup udara pagi esoknya. 
(3) Larangan memanjangkan angan-angan dan gesaan agar hidup secara sederhana tidak bermakna
lslam menghalang kemajuan dan kekayaan. lslam membenarkan penganutnya menjadi hartawan dan
negara lslam menjadi sebuah negara maju tetapi dengan syarat menjadi seorang mukmin dan negara
lslam yang bertaqwa. Kemajuan dan kekayaan adalah untuk Allah.


Source : Hadis 40 

"Dunia itu ibarat jambatan ke akhirat. Maka kejarlah akhirat itu, maka dunia akan mengikuti mu."




No comments:

Post a Comment